Tuesday, March 30, 2010

UMNO PEMBELA MELAYU?

Terimakasih kerana sudi berkunjung keblog saya ini. Tujuan saya menyediakan blog ini adalah untuk membolehkan anda membuat penilaian sama ada UMNO telah bertindak untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu yang mana ianya menjadi asas kepada penubuhan UMNO itu sendiri.

Jika UMNO tidak menjaga kepentingan bangsa Melayu sebaliknya menjaga kepentingan kroni atau Putera UMNO dan Putera Barisan sahaja maka sudah tiba masanya kita semua menarik balik sokongan kita.

Jika anda berpuashati dengan prestasi UMNO menjaga kepentingan bangsa Melayu, maka teruskanlah sokongan anda.

Penilaian ini kita perlu buat kerana kita semua telah memberikan masa yang cukup panjang bahkan lebih dari mencukupi untuk UMNO iaitu lebih dari 50 tahun untuk bertindak dan berbuat apa yang sepatutnya UMNO lakukan semasa kuasa politik masih lagi ada dalam genggaman mereka.

Blog ini masih belum tersusun dan akan dikemaskinikan dari semasa kesemasa sebaik sahaja saya mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan. oleh itu sumbangan anda amat dialu-alukan.


Berikut ini adalah beberapa koleksi yang telah saya kumpulkan untuk penilaian kita


ISU: 1

MIC mahu calonkan Palanivel
Oleh Faiza Zainudin dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/03/27

KUALA LUMPUR: MIC mahu bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan meletakkan Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel bagi merampas semula kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelmarin.

Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata pihaknya akan hanya mengemukakan nama Palanivel kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak kerana beliau calon paling layak dan berpengalaman selain pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama tiga penggal sejak 1990. Beliau berkata, parti itu mahu meletakkan calon kerana kerusi Hulu Selangor adalah satu daripada sembilan kerusi milik MIC yang ditetapkan pucuk pimpinan BN suatu ketika dulu.


Catatan:

  1. Dalam pilihan raya umum lalu, BN tewas kepada calon PKR dengan majoriti tipis 198 undi. Zainal Abidin mendapat 23,177, manakala Datuk G Palanivel yang mewakili BN hanya 22,979 undi.

  1. Pada 2008, peratusan kaum bagi 63,593 pengundi adalah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

3. Palanivel telahpun dipilih oleh MIC dan UMNO menjadi wakil rakyat disitu untuk tiga penggal sejak 1994 dan tewas pada PRU 2008

SUARA RAKYAT

Pengundi Hulu Selangor mahu pemimpin Umno

BERITA HARIAN - 2010/03/29

HULU SELANGOR: Penduduk mahu Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin Umno bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana majoriti pengundi di kawasan itu adalah orang Melayu.


Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim, berkata pemilihan calon Umno penting kerana 53.94 peratus daripada 63,000 pengundi di Hulu Selangor adalah orang Melayu.


Mohd Amin Tan dari Bandar Bukit Sentosa pula berkata, BN perlu memilih calon Umno memandangkan pengundi India hanya 18.98 peratus. "Kekalahan lalu perlu dijadikan pengajaran ’ katanya.


Lee Kwai Ling pula berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada calon dari Umno untuk kembali menawan Hulu Selangor.


"Paling penting kerusi itu diberikan kepada Umno. Ramai calon yang berkelayakan dari parti terbesar ini. Saya optimis ramai pemimpin tempatan anak jati Hulu Selangor boleh bertanding dalam pilihan raya kecil itu,” katanya.


Wakil kaum India, Sauthi Devi Virrapan berkata, ramai pengundi yakin BN akan mendapat laluan mudah sekiranya calon itu datangnya daripada kerusi Umno.





SILAP PERCATURAN DI HULU SELANGOR BOLEH MAKAN TUAN
Oleh Kamal Ahmad mohdkamal@bharian.com.my

“Akar umbi dari Umno mahu calon Umno,” kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus. Kehendak atau tuntutan itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu di mana tiga calon BN memperoleh majoriti 6,156 undi manakala Palanivel kalah 198 undi.


Ditanya sama ada MIC boleh menerima kalau calon datang dari Umno, Abdul Shukur berkata: “Dia (MIC) kena terima atas semangat BN.”


BN menguasai ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam (Datuk Mohamed Idris Abu - 3,529 undi), Kuala Kubu Baharu (Wong Koon Mun - 448 undi) dan Batang Kali (Mohd Isa Abu Kassim - 2,179 undi) masing-masing mengalahkan calon Pas, DAP serta PKR dalam PRU ke-12 lalu.




ULASAN:

Marilah kita lihat sama ada UMNO akan bertindak untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu atau tidak?


PEMIMPIN UMNO - PENGKHIANAT BANGSA MELAYU @ PENAKUT!

Contohnya adalah seperti yang dilapurkan dalam Sinar harian 2 APRIL 2010 seperti berikut:

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, walaupun majoriti kawasan tersebut diwakili pengundi Melayu tetapi ia dilihat bukan faktor untuk meletakkan calon UMNO.

“Jika kita letak calon UMNO, kita (BN) tidak boleh menang. Jadi, kena ikut tradisi berkenaan dan parti komponen BN perlu memberi sokongan penuh dan kerjasama pada MIC,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


PERSOALAN:

Siapakah sebenarnya Khir Toyo ni? Adakah dia orang Melayu? Adakah dia ahli UMNO? Betulkah dia ni ahli UMNO? Kalau dia ni ahli UMNO kenapa dia cakap macam tu? Entah-entah dia ni bukan Melayu kut? Kenapa dia tak terus join MIC?

Nasihat saya kepada Khir Toyo: Keluarlah dari parti UMNO sekiranya anda memperlekeh-lekehkan UMNO.


Malu, malu sungguh memalukan. Yalah kerana anda merupakan bekas MB Selangor yang dipilih oleh UMNO untuk menduduki kerusi itu. Jadi tidak hairanlah kenapa UMNO kalah di Selangor!

Nota: Ulasan diatas dibuat berdasarkan laporan Sinar Harian 2 APRIL 2010

UTUSAN MALAYSIA -3 April 2010 / 18 Rabiul Akhir 1431


Wujudkan sistem giliran calon Hulu Selangor

SHAH ALAM 2 April - Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) disaran supaya mewujudkan sistem penggiliran calon kerusi Parlimen Hulu Selangor mengikut parti komponen bermula pilihan raya kecil kawasan itu yang dijadualkan 25 April ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd. Rahman berkata, pendekatan itu dapat memberi manfaat yang besar kepada kedudukan BN di kawasan tersebut selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, pada masa ini pun banyak pihak memberi pandangan berdasarkan hasrat pengundi di kawasan itu yang mengharapkan BN memilih calon UMNO.

''Tetapi dengan sistem penggiliran calon, ia dilihat lebih adil selain mampu mengelak wujudnya pertikaian antara parti komponen BN bagi menentukan siapakah yang lebih layak untuk bertanding di kawasan itu.

''Maka, adalah lebih baik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kita letak calon dari UMNO menerusi sistem penggiliran ini.

''Malah, meletakkan calon UMNO bagi mewakili BN juga dilihat dapat memenuhi tuntutan serta hasrat pengundi di kawasan itu pada masa ini yang mahukan calon Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramli memberitahu, berdasarkan sejarah, pemilihan calon BN di Parlimen Hulu Selangor agak unik kerana ia pernah diwakili UMNO, MCA dan kemudian MIC.


Katanya, pada pilihan raya umum pertama tahun 1955, calon yang bertanding atas tiket Perikatan pada masa itu adalah daripada UMNO, iaitu Halimaton Saadiah.


''Selepas itu, calon kerusi Parlimen tersebut diserahkan kepada MCA pada 1959 sehingga 1982 yang diwakili bekas Menteri Telekom dan Pos, Tun Omar Ong Yoke Lin dan kemudiannya Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lee Kim Sai.


''Pada 1986, kerusi itu diserahkan kepada bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.S. Subramaniam sehinggalah kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang bertanding mewakili BN pada pilihan raya umum lalu di kawasan berkenaan sebelum kalah kepada calon PKR," jelasnya.


Tambah Ramli, cadangannya itu bukan untuk menidakkan kemampuan calon parti komponen BN lain, sebaliknya ia hanya usaha bagi memastikan BN menang di kerusi berkenaan yang merupakan kubu kuat BN.


Beliau menambah, kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali ketika ini dikuasai BN.


Ramli yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor turut memohon supaya pucuk pimpinan BN mempertimbangkan pandangan majoriti pengundi semua kaum serta pemimpin BN di Hulu Selangor dalam membuat sebarang keputusan berhubung soal calon.

NOTA:

  1. Pemimpin yang macam inilah yang diperlukan oleh UMNO iaitu yang memperjuangkan kepentingan kaum melayu, yang tidak membiarkan hak dan kepentingan orang Melayu diberikan kepada yang bukan hak, yang tidak berhak.

  2. UMNO janganlah jadi pengkhianat Melayu, yang akan menyebabkan orang Melayu benci, benci dan teramat benci kepada UMNO.
  3. Janganlah : MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

ISU: 2

DR M: KEPERCAYAAN MELAYU TERHADAP UMNO TERHAKIS

Hazlan Zakaria & Jimadie Shah Othman - malaysiakini
Mac 27, 10 12:36pm

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).



Nota: Kepercayaan orang Melayu kepada UMNO terhakis kerana adanya pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu seperti Khir Toyo seperti yang dilapurkan oleh Sinar Harian April 2010


ISU 3 : ISU NATRAH


SHAH ALAM, 12 Mac 2010:

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.


Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).


"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura.


"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan.


Nota: Itu menunjukkan bahawa UMNO sememangnya dari awal-awal lagi tidak memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu




ISU 4 : ISU MELAYU PULAU PINANG

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan

Semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.


Nota: Kemunduran dan hilangnya penguasaan orang Melayu Pulau Pinang membuktikan bahawa pemimpin UMNO tidak memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, tidak ada yang berkelayakkan untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan hanya tahu berseronok dan menghitung kekayaan.



4A - BUMI DIPIJAK MILIK ORANG


GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi mengutamakan pembangunan untuk memberi peluang golongan elit Umno menikmati kemewahan manakala orang Melayu yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO dibiarkan menderita kehilangan tanah yang mereka milikki dan kampung halaman.

Oleh itu siapakah yang harus dipersalahkan bila bilangan orang Melayu di Pulau Pinang semakin mengecil dan merempat di bumi sendiri yang pernah mereka milikki, mengenangkan nasib mereka - "bumi dipijak milik orang".

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai 'hero tua' kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.

Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.

Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi dan tidak mendapat sokongan daripada UMNO malahan wakil-wakil rakyat dari UMNO acap kali mempersendakan ucapan beliau ekoran kurangnya ADUN PAS di DUN Pulau Pinang.

"Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian," tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.

“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.


4B : ISU MELAYU PULAU PINANG

Kenyataan khas dari orang bukan Melayu

GEORGETOWN, 4 Mac 2010: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.

"Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.

“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.

“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.

Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.

"Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu barisan kepimpinan Umno sahaja bukannya untuk keseluruhan bangsa Melayu, yang rata-ratanya tidak berada dalam barisan kepimpinan UMNO " katanya.

Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.

Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.

"Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina 'Kampung Warisan' seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong," ujarnya.

Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.


Nota: FIKIR-FIKIRKANLAH sama ada DAP ataupun UMNO yang menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang "dipinggirkan dan terpinggir".



No comments:

Post a Comment