Saturday, April 3, 2010

BETULKAH BN PILIH CALON MIC UNTUK PARLIMEN HULU SELANGOR?

3 April 2010 - MACHANG KELANTAN

Berita TV3 melapurkan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kemungkinan besar calun MIC akan dpilih untuk mewakili bertanding bagi PRK Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata "Kawasan pilihan raya Parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

"Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus," katanya.


PERSOALAN:
Betulkah penyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu? Apakah agenda beliau? Adakah ianya untuk memastikan bahawa UMNO tidak akan dimalukan sekiranya kalah dalam PRK itu? Atau adakah ianya perancangan strategik untuk memastikan MIC terus berkubur dari persada politik negara selaras dengan konsep “1 Malaysia” ataupun ianya merupakan agenda untuk memastikan isu perkauman terus subur di Malaysia?

Segala-galanya serba mungkin. Tetapi nampaknya kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak selari dengan kenyataan Najib yang menyatakan bahawa calun yang dipilih adalah berdasarkan kehendak, kemahuan dan denyut nadi rakyat.

Jika begitu kenapa calun MIC pula yang dipilih sedangkan kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7% sedangkan pengundi kaum India hanya 19.3 %.

Begitu juga dengan soalselidik dan tinjauan yang dibuat setakat ini, yang mana kebanyakkan penduduk Hulu Selangor amat berharap calun UMNO dan percaya hanya calun UMNO sahaja yang akan dapat memberikan kemenangan kepada BN.


Npta:
1.Hanya rakyat terutamanya pengundi Melayu dapat menentukan sama ada mereka memerlukan ahli parlimen MIC untuk mewakili mereka.

2.BN mungkin menghadapi masalah besar sekiranya PKR memilih calun Melayu atau Cina untuk mewakili mereka. Bagi Pkr, sesiapapun calun yang mereka pilih tidak menjadi masalah kepada PKR kerana PKR bukanlah parti perkauman seperti mana UMNO atau MIC.

3.Sekiranya BN memilih calun MIC, maka ternyata BN tidak sensitif dengan kehendak kaum majoriti di kawasan parlimen Hulu Selangor dan UMNO bolehlah dikatakan sebagai “parti pengkhianat orang Melayu”

No comments:

Post a Comment