Oleh Fazli Othman
BUKIT SENTOSA 10 Apr"Umno tuduh macam-macam kononnya di Pulau Pinang, orang Melayu dipinggirkan, dia tuduh orang Islam kononnya tidak ada tempat di dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP dengan mengatakan DAP anti Islam,
"Pada tahun 2008 kita menang, kita naikkan peruntukan untuk Majlis Agama Islam daripada RM12 Juta kepada RM24 juta pada tahun 2009 dan tahun ini kita naikkan lagi kepada RM25 juta.
"Kita beri kenaikan gaji kepada guru KAFA, kita beri peruntukan kepada sekolah agama dan kita beri peruntukan untuk membina makmal sains di sebuah sekolah agama persendirian di Permatang Pauh dan Umno yang sudah memerintah 50 tahun pun tidak pernah buat. Sepatutnya UMNo menyokong apa yang Pakatan Rakyat lakukan yang UMNo tidak lakukan selama ini, bukannya dengan menuduh macam-macam, itu-ini kepada Pakatan Rakyat.
"Di Pulau Pinang kita melaksanakan program membasmi kemiskinan tegar, kalau setiap keluarga mendapat pendapatan kurang RM500, kerajaan negeri 'topup' dan katakan kalau dapat RM300, kerajaan negeri akan tambah lagi RM200 supaya setiap keluarga mendapat RM500 untuk hidup supaya membasmi kemiskinan tegar dan 90 peratus yang mendapat bantuan adalah orang Melayu, adakah ini anti-Melayu. Sepatutnya UMNO bertanyalah apa yang telah UMNo buat selama ini untuk kepentingan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Bukankah apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNo selama ini ialah mengkayakan lagi kalangan yang sudah kaya!
"Kita buat program penghargaan warga emas, RM100 setiap warga emas yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dan kalau Pak Lah nak pohon pun, kita boleh bagi, jangan persoalkan nilainya yang mungkin sedikit sahaja, kerana ianya begitu bererti bagi mereka yang memerlukannya "
Ianya disediakan untuk mereka yang betul-betul memerlukannya bukannya untuk golongan yang berada, yang kaya, yang dah ada duit, yang mana RM100 itu sememangnya tidak membawa sebarang erti dan tidak membawa sebarang makna kepada mereka. Mentelahan pula kalangan yang menganggap nilai RM1 juta pun kecil sahaja nilainya.
Pemberian RM100 untuk setiap warga emas adalah lebih baik dari pihak satu lagi yang langsung tidak memberikan apa-apa untuk orang lain, yang mana segala-galanya hanyalah untuk dirinya dan hanyalah untuk kroninya sahaja. Kalau nak harapkan dari pihak satu lagi hanya musim pilihanraya baru dapat. Itupun belum tentu dapat. Ada yang dapat RM20,000, ada yag dapat RM1,000, ada yang dapat RM100, ada yang dapat RM50, ada yang dapat RM10 dan ada yang langsung tidak dapat. itulah corak pemberian pihak yang satu lagi.
Loke juga mendedahkan tambahan peruntukan belanjawan tahun ini dan tahun lepas sebanyak RM10 bilion serta menggunakan cukai perjudian disebabkan tidak ada pengurusan yang berhemah oleh kerajaan Umno-BN yang menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung defisit setiap tahun.
"Kerajaan persekutuan di bawah Najib lebih teruk pengurusannya kerana tidak cukup hasil, bajet defisit semakin melebar dan kerajaan menggunakan sumber perjudian untuk menanggung belanjawan tersebut, inilah parti kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
"Semasa disoal di dalam Parlimen tentang mengapa perjudian ditambah, orang Umno tidak berani menjawab soalan saya dan tahun lepas apabila saya bertanya mengenai pendapatan daripada hasil nombor ekor sahaja, kementerian berkenaan berkata kerajaan mengaut keuntungan sebanyak RM1.2 bilion daripada kedai-kedai nombor empat ekor.
"Tahun ini dan tahun lepas tambah lagi pertaruhan, kerajaan membenarkan pula syarikat-syarikat perjudian ini melaksanakan 'special draw' iaitu hari cabutan khas yang menambah lagi hari perjudian daripada tiga kali kepada empat kali seminggu dan inilah cara kerajaan Umno untuk menambah hasil kerajaan persekutuan.
"Bila kita tanya di Parlimen, bukankah judi ini cukai haram dan cukai tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun hasil yang disatukan negara dan mestilah diasingkan supaya bukan Islam boleh guna dan orang Islam tidak boleh menggunakannya.
"Apabila ditanya bagaimana cukai ini digunakan, kerajaan berkata kegunaan cukai tersebut untuk pembangunan negara, kebajikan sosial, sukan dan rumah ibadat dan ini boleh mendatangkan was-was kepada orang Islam," kesal Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.
No comments:
Post a Comment