SHAH ALAM – Penganalisis politik tempatan Datuk Zainal Kling berkata bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN, maka perlu meletakkan calon MIC untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.
“Di bawah konsep 1Malaysia adalah lebih baik BN mengekalkan calon MIC untuk melangsungkan dasar perpaduan kaum yang diperjuangkan. Malah, dijangkakan kekalahan tipis MIC di kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-12 lalu sudah berjaya ditebus dengan peningkatan prestasi dan tranformasi BN yang semakin cemerlang,” katanya.
Jumaat 9-4-2010 SINAR HARIAN
“Di bawah konsep 1Malaysia adalah lebih baik BN mengekalkan calon MIC untuk melangsungkan dasar perpaduan kaum yang diperjuangkan. Malah, dijangkakan kekalahan tipis MIC di kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-12 lalu sudah berjaya ditebus dengan peningkatan prestasi dan tranformasi BN yang semakin cemerlang,” katanya.
Jumaat 9-4-2010 SINAR HARIAN
ULASAN:
Berdasarkan saranannya, maka ternyata Datuk Zainal Kling adalah merupakan salah seorang Melayu yang sudah lupa daratan, lupa dirinya yang sebenar, mungkin terlupa yang beliau itu orang Melayu! Dengan Itu beliau menjadi contoh salah seorang dari beberapa orang Melayu yang dah hilang jati diri, lupa yang beliau banyak mendapat banyak menafaat sebagai orang Melayu, salah satunya pernah menjadi TNC Universiti Malaya atas kapasiti dan kedudukannya sebagai orang Melayu dan banyak lagi lain-lain menafaat yang didapati oleh beliau atas nama bangsa Melayu.
Beginilah sikap kebanyakkan orang Melayu yang kita yang telah berjaya, yang telah ada kedudukan, ingin mengenepikan hak-hak bangsanya sendiriapabila orang-orang Melayu lain ingin memperjuangkan hak mereka sebagai bangsa pribumi, sebagai bangsa yang mempunyai hak sebagai kaum majoriti di sesuatu kawasan itu.
Beginilah sikap kebanyakkan orang Melayu yang kita yang telah berjaya, yang telah ada kedudukan, ingin mengenepikan hak-hak bangsanya sendiriapabila orang-orang Melayu lain ingin memperjuangkan hak mereka sebagai bangsa pribumi, sebagai bangsa yang mempunyai hak sebagai kaum majoriti di sesuatu kawasan itu.
Sepatutnya sebarang kenyataan hendaklah dibuat berdasarkan realiti, berdasarkan fakta, berdasarkan data yang jelas menunjukkan bahawa orang Melayu adalah pengundi majoriti di Hulu Selangor itu. Oleh itu ternyatalah wakil UMNOlah (yang mengaku berjuang untuk kepentingan orang-orang Melayu) yang mempunyai hak dipilih oleh pucuk pimpinan BN untuk mewakili rakyat disitu. Dengan itu secara rasionalnya, secara logiknya kenyataan dan saranan Datuk itu tidak menasabah dan mungkin ada udang disebalik mee yang mungkin dinanti-nantikan oleh Datuk. Jadi janganlah persalahkan kaum kerabat datuk, sahabat handai datuk, jiran-jiran datuk, bekas-bekas pelajar datuk, anak cucu datuk jika mereka membuat andaian yang datuk adalah pengkhianat dan pembelot bangsa!
Jika anda sebagai pemimpin politik, mungkin pendapat itu bolehlah diterima logiknya kerana kepentingan politik. Tetapi datuk, atas kepentingan apa membuat kenyataan ini? Apa kepentingan Datuk? Bukankah Datuk dulu adalah seorang professor di Universiti Malaya? Takkan tak dapat berfikir secara logik dan rasional, Datuk? Malulah sikit dengan orang kampung, datuk!
Ingatlah setiap dari kitalah yang akan menentukan bangsa Melayu terus hidup, tidak hilang didunia ini ataupun hanya sekadar mempunyai nama melayu tetapi hatinya, jiwanya dan kebanggaan menjadi orang Melayu dah tiada.
Mungkin datuk tidak sedar yang orang-orang melayu setiap hari semakin pupus, Roslina bertukar Lina Joy dan terdapatnya nama-nama Michael Murad, Abraham Ismail, Remy Ishak, Francis Tahir dan lain-lain nama lagi yang menunjukkan orang-orang Melayu semakin pupus.
Ingatlah kenyataan orang-orang melayu seperti datuklah yang menyebabkan orang-orang Melayu terasa tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal untuk mereka, menyebabkan mereka juga tanpa ragu-ragu lagi menukar nama atau pun agama mereka yang seterusnya mempercepatkan lagi melayu pupus dan hilang langsung di dunia ini.
Maka sia-silah perjuangan Dato Dol Said, Dato Bahaman, Datuk Maharajalela, Dato Mat Kilau, Tok Janggut, HANG TUAH, TUN PERAK dan lain-lain lagi yang telah berjuang habis-habisan sehingga menitiskan darah demi memperjuangkan maruah orang melayu, mendaulatkan dan memertabatkan bangsa melayu, berjuang untuk mendapatkan kebebasan dari penjajah dengan adanya orang-orang kita yang menjadi si kitul dan raja mendeliar. Janganlah pula ada dari kita yang jadi si kitul ataupun raja mendeliar, yang menyebabkan hapusnya, jatuhnya kerajaan melayu melaka. Kalu kiat lakukan juga, mak hapuslah melayu dimuka bumi ini.
Mungkin betullah, kata-kata orang-orang Melayu di kampung, semakin berjaya orang melayu, maka semakin lupalah orang itu untuk memperjuangkan mertabat bangsa melayu, semakin lupalah orang itu untuk memperjuangkan hak bangsa melayu, semakin lupalah orang itu yang dirinya orang melayu dan semakin ligatlah dia mengumpul kekayaan atas kemusnahan dan penderitaan orang-orang melayu.
Ingatlah suatu masa nanti anak cucu kita mungkin hanya jadi penumpang di tanah air sendiri, bumi dipijak milik orang akibat sikap dan tabiat datuk neneknya yang bukan sahaja membiarkan hak milik orang-orang melayu diambil satu persatu tetapi datuk neneknya yang menyebabkan hak-hak yang sepatutnya dimilikki oleh anak cucu kita menjadi milik orang kerana kita semdiri yang menggalakkannya diberi kepada orang!
Jadi, wahai bangsaku yang dah bergelar dengan pelbagai gelaran profesor, datuk, tan sri dan lain-lain gelaran, juga yang dah mendapat kedudukan yang tinggi dipelbagai jabatan kerajaan dan universiti, yang dah menjadi orang besar-besar dan sebagainya, janganlah lupa jati diri, perjuangkan hak milik anak cucu anda yang mana anda sebenarnya diamanahkan untuk memperjuangkan hak milik anak cucu anda itu semoga hak milik yang sepatutnya mereka dapati akan dapat dinikmati mereka bukannya hanya berputeh mata kerana sikap dan kesilapan nenek moyang mereka!
Seruan kepada orang-orang melayu yang dah termasuk dalam golongan elit, golongan berkedudukan tinggi, janganlah jadi pembelot dan pengkhianat bangsa! Janganlah sesekali mengeluarkan kenyataan secara sembrono tanpa berfkir kesan dan akibatnya. Apatah lagi jika anda bukan ahli politik! Ingat perkataan anda menjadi perhatian, menjadi ikutan dan mungkin jadi bahan kritikan terhadap anda. As a non politician you are what do you say, isn't it!
No comments:
Post a Comment