Wednesday, April 7, 2010

NAJIB pilih MIC wakil BN dikawasan majoriti Melayu

Oleh Wan Jailani Razak dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my
2010/04/08

Najib tentukan sendiri calon pilihan raya kecil Hulu Selangor

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) mengekalkan MIC bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama calon yang menurutnya, akan beliau tentukan sendiri.

 NAJIB ketika berucap pada  penutup Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, semalam.
NAJIB ketika berucap pada penutup Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, semalam.
MIC jadi pilihan: Najib

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Katanya, ia selaras dengan semangat setia kawan dalam BN memandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.

Walau bagaimana pun, siapa calon MIC itu akan ditentukannya kemudian.

“Berilah kepercayaan kepada saya untuk menentukan siapa calon. Saya akan pilih calon yang terbaik dan akan berunding dengan Presiden MIC untuk menentukan calon,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor di sini, semalam.

“Seandainya kalah, bukan MIC kalah tetapi BN kalah dan kalau menang bukan MIC menang tetapi BN menang.


APAKAH SEBABNYA NAJIB PILIH CALUN MIC?


NAJIB meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India. Tetapi pemilihan itu bertentangan dengan kehendak akar umbi UMNO dan pengundi-pengundi Melayu Dikawasan Hulu Selangor.

"Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah - hanya 75.24 peratus - dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 - menunjukkan elemen protes yang kuat.


Sepatutnya, peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah, seterusnya bilangan undi rosak yang tinggi dan berakhir dengan kekalahan calun BN disitu menjadi panduan kepada Najib dalam pemilihan calun yang akan bertanding nanti. Bukankah perkiraan yang silap telah mengakibatkan BN kalah disitu dalam pilihanraya 2008 yang lepas? Maka tanpa ragu-ragu lagi, sudah tentunya pencalunan dari parti yang sama hanya akan mengundang kekalahan dan mungkin dengan kekalahan yang lebih besar!


"Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa sementara pada waktu yang sama Umno dan MCA telah melalui proses pertukaran kepimpinan.


"Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.


"Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat," ujar Kadir Jasin dalam analisis beliau.


Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil - samada yang menyokong BN atau sebaliknya - seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.


Satu lagi sebab yang mungkin ialah kerana Najib sentiasa bermain politik penakut, politik "play safe" untuk memastikan dirinya terselamat dari sebarang kritikan andaikata BN juga kalah bila mana meletakkan calun Melayu / calun UMNO disitu. Begitu juga Najib merasakan selamat meletakkan calun MIC disitu kerana beliau tahu bahawa orang melayu mudah menyerah, sentiasa bersedia bertolak angsur dan bersedia berkorban apa sahaja bahkan jiwaraganya demi menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin-pemimpin mereka.


Tetapi sebaliknya jika calun UMNO yang dipilih, maka Najib amat takut sekali dengan bangkangan dan bantahan dari MIC. Ini adalah kerana pucuk pimpinan UMNO hanya berani dengan orang-orang Melayu tetapi amat takut sekali dengan orang-orang MIC. jadi apa sahaja yang MIC minta pasti dapat. Tidak ada satupun yang akan ditolaknya. Itulah kekuatan samy Vellu, kekuatan MIC.


Maka dengan tindakan itu ternyatalah Najib merupakan pengkhianat dan pembelot utama, yang mengkhianati dan menafikan hak-hak orang melayu yang memberinya kuasa dan kedudukan dalam UMNO dan sterusnya sebagi pucuk pimpinan BN dan Kerajaan. Ternyatalah Najib seorang yang pengecut, penakut dan tidak berani bukannya sebagai pemimpin yang memimpin dengan penuh keberanian. Ternyatalah Najib tidak mempunyai kewibawaan sebagai seorang pemimpin tetapi lebih sekadar pak turut dan menjawat takhta dan kedudukannya hanyalah kerana beliau anak Tun Razak. Jia beliau bulan anak Tun Razak, siapalah Najib ya!


Teori ketiga ataupun sebab ketiga ialah permainan politik yang amat tinggi, iaitu "killing two birds with a stone". Jika ianya berjaya, maka nama Najib pastinya akan disanjung-sanjung, menjadi wira bangsa melayu, dapat menarik kembali undi orang-orang melayu dan rakyat umumnya iaitu dengan kekalahan calun MIC dikawasan itu,


Kekalahan MIC itu memberikan ruang kepada UMNO untuk menafikan hak MIC untuk meminta mana-mana kawasan pilihanraya di negara ini atas nama hak tradisi MIC tetapi sebaliknya pemilihan calun akan berdasarkan "credibility" yang dimilikki calun itu yang lebih baik dari calun-calun lain seperti latar belakang akademik, penampilan peribadi, kemesraan dengan rakyat setempat, kerajinan bekerja dan berinteraksi, pengalaman kerja, kebolehan teknikal dan sebagainya. Dengan itu UMNO boleh menampilkan calun-calunnya dikawasan yang diwakili oleh MIC selama ini atau pun memilih calun-calun dari parti-parti yang sebelum ini tidak mendapat peluang untuk menampilkan calun mereka seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.


Tetapi sekiranya Najib masih dengan ketakutannya, maka tidak mungkin parti-parti lain seperti IPF, MUIP, Makkal Sakhti dan lain-lain mempunayi ruang danpeluang untuk mencalunkan wakil-wakil mereka sebagai ADUN atau AP melainkan hanya jika calun MIC mengalami kekalahan yang besar, barulah parti-parti lain itu dapat bernafas. Jika tidak, parti-parti lain itu hanya setakat ada nama sahaja, tak dapat apa-apa pun kerana semuanya diboloti MIC.


No comments:

Post a Comment