Saturday, April 3, 2010

HULU SELANGOR UJIAN KEMELAYUAN UMNO

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25839:-hulu-selangor-ujian-kemelayuan-umno&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Anak Sengat

Beberapa kelompok UMNOkhususnya di Hulu Selangor mula bersuara menuntut kerusi itu diserahkan kepada mereka.

Jika dilihat gelombang itu, tuntutan tersebut dikira wajar. Ini kerana Hulu Selangor memiliki lebih 50 % pengundi melayu berbanding MIC yang mewakili India kira kira 15 %.Malah pengundi Cina mengatasi India .

Namun itu adalah dasar sebenar UMNO yang rela menggadaikan kerusi Melayu kepada India atau Cina. Ianya bukanlah pelik malah terlalu banyak milik melayu yang telah digadaikan UMNO kepada bukan Melayu. Malangnya kekurangan fakta dan kegagalan penyampaian maklumat menjadikan pengundi melayu terus dibermimpi Umno sebagai pembela melayu.

Sudah tiba masanya penyokong UMNO khususnya mereka yang tebal kemelayuannya menuntut kerusi itu dikembalikan kepada UMNO. Jika mereka gagal, mereka wajar mengadakan protes beramai ramai dengan mengundi Pakatan Rakyat yang hampir pasti diwakili melayu.

Pengaruh MIC yang kian pudar terutama sejak pilihanraya 12 yang lalu adalah antara faktor yang menguatkan tuntutan tersebut.

"Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah - hanya 75.24 peratus - dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 - menunjukkan elemen protes yang kuat.

"Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa"

"Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.

"Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat," ujar Kadir dalam analisis beliau.

Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil - samada yang menyokong BN atau sebaliknya - seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.


Namun hampir pasti juga tuntutan kepada PM itu akan mengecewakan. Muhyidin yang kini menduduki kerusi kedua yang dilihat memiliki darah melayu juga pastinya tidak akan melakukan sesuatu untuk memastikan kawasan itu jadi hakmilik UMNO bahkan amat sukahati jika wakil MIC yang menjadi calunnya. Oleh itu berdasarkan tindakannya, citarasanya dan kemahuannya itu maka bolehlah ditimbulkan persoalan betulkah Muhyidin itu Melayu? wallah hua a'lam.

Najib pun begitu juga, sebagai seoarang yang mengejar populariti dan sentiasa mengambil tindakan "playsafe" tentunya akan mengutamakan sokongan bukan melayu kerana beliau amat memahami bahawa orang-orang Melayu amat mudah dipujuk, amat mudah digula-gulakan dan amat bertolak angsur berbanding dengan bagsa-bangsa-bangsa lain.

Bagi MIC pula, mereka tiada pilihan selain mempertahankan kerusi tersebut jika ingin terus berperanan di arena politik negara khususnya dikalangan pengundi India.

Jika kerusi ini dilepaskan kepada UMNO, bermakna untuk mendapatkannya kembali adalah satu mimpi ngeri. Ia juga sebagai pembuka laluan kepada tuntutan kerusi lain oleh rakan sekutu BN. Tetapi bukankah lebih bijak bagi MIC meminta kawasan berkenaan diwakili oleh parti-parti lain yang keahlianya berasaskan kaum etnik India lain yang kecil seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.


Jika ianya dilakukan, ianya merupakan suatu langkah bijak untuk mendapatkan sokongan dari kaum etnik minoriti supaya bersatu menyokong MIC dalam pilihanraya ditempat lain. Sebenarnya orang-orang Melayu boleh bertolak angsur dan lebih bersedia menerima jika calun yang dikemukakan itu adalah dari PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia berbanding dengan parti MIC itu sendiri.


Selagi MIC merasakan hanya MIC sahaja yang berhak mewakili kaum India, maka selama itulah MIC akan ditolak oleh parti-parti minoriti kecil itu sebagi wakil kaum India dinegara ini. MIC sebenarnya hanya berharapkan talian hayat UMNO. Tanpa UMNO, mic memang dah lama berkubur. masakan tidak ahli-ahli MIC sendiri pun dah muak, dah benci dengan MIC dek kepimpinan Samy Vellu dalam MIC.

Seharusnya dalam keadaan MIC tidak begitu disenangi dan mempunayi rekod buruk di Hulu Selangor, MIC seharusnya bertolak angsur dan bersedia menerima kawasan baru sebagai alternatif. Gerakan di Perak dilihat lebih bijak apabila berjaya mendapatkan kerusi ganti kawasan Taiping yang diserahkan kepada PPP .

Kerusi Bukit Gantang yang ditandingi Kaveays telah diganti dengan kerusi Gerakan di Taiping kerana tuntutan orang-orang melayu / orang-prang UMNO Bukit Gantang yang ingin kerusi itu dikembalikan setelah janji sepenggal untuk PPP.

Kayveas yang dipindahkan ke kerusi Gerakan di Taiping gagal menjadi MP sebaliknya Gerakan yang dipindahkan ke satu lagi kawasan melayu di Gerik setelah ditentang di Lenggong mendapat kerusi selamat. Semuanya kerana sokongan orang-orang melayu / Umno.

Kita nantikan bagaimana tolak tarik yang sedang dirudingkan ini berlangsung. Apakah melayu Umno mampu menunjukkan kejantanan mereka ataupun ianya hanya satu taktik politik murahan. Kita ingin melihat sejauh mana darah melayu yang mengalir dalam tubuh Umno mampu bertahan.

Catatan: Sekiranya KEADILAN-Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi itu ianya bukanlah kerana mereka kuat tetapi disebabkan BN masih belum pulih sepenuhnya. Sistem kuota yang masih digunakan dalam pembahagian kerusi antara parti komponen untuk membantu parti minoriti akan menjadi beban kepada BN


No comments:

Post a Comment