Parti Islam Semalaysia (PAS) kesal di atas pengkhianatan kerajaan UMNO/BN yang dengan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera. Siasatan menyeluruh mesti dibuat ke mana lesapnya nilai saham yang begitu banyak yang diperuntukan kepada bumiputera?.
Siapakah dalang yang mengkhianat hak bumiputera perlu disisasat. Menteri yang bertanggungjawab mesti disiasat dan meletak jawatan.
PAS yakin dengan peruntukan wang sebanyak itu, pemilikan ekuiti bumiputera akan mencapai melebih daripada 30%. Tetapi akibat pengkhianatan amanah dan kejahilan pemimpin UMNO/BN maka ekuiti bumiputera hanya mendapat 19.4% sahaja.
Mereka jugalah yang menyebabkan orang Melayu supaya terus miskin dengan harapan menjadikan UMNO menjadi tempat pergantungan orang-orang Melayu dan menjadikan orang-orang Melayu takut untuk menyokong Pas dan Pakatan Rakyat.
Sedangkan pada hakikatnya kerajaan UMNO/BN berusaha menjadikan bangsa Melayu sebagai rakyat yang miskin untuk dijadikan sebagai stok penimbal bagi menjamin undian kepada BN pada setiap kali pilihanraya dijalankan.
Memang kajian menunjukkan bahawa rakyat yang miskin dan kurang berpengetahuan adalah merupakan penyokong setia BN/UMNO bagi setiap kali pilihanraya. Ini adalah kerana mereka berharap kerajaan akan memberikan bantuan segera dan melaksanakan projek projek mee segera setiap kali pilihanraya

PAS menyedari bahawa kemiskinan yang terancang dan dirancangkan itu adalah supaya ianya terus dapat dijadikan modal dan halwa manisan untuk orang-orang Melayu/bumiputera akan terus menyokong UMNO/BN dalam setiap kali pilihanraya.
UMNO/BN akan mencanang bahawa melayu mundur kerana ianya adalah akibat daripada kedudukan ekonomi orang bukan melayu. yang lebih baik dan ketidakupayaan orang-orang Melayu untuk bersaing dengan orang-orang bukan Melayu.
Mereka mendakwa kalau orang Melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan UMNO/BN kerana UMNO sahaja parti yang menjaga ketuanan melayu di negara ini.
Mereka mendakwa kalau orang Melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan UMNO/BN kerana UMNO sahaja parti yang menjaga ketuanan melayu di negara ini.
Sebenarnya atas nama ketuanan melayu menjadi tiket kepada mereka untuk menggadai hak orang melayu di negara ini.
PAS berpendapat buatlah apa dasar sekalipun jika tidak membuang sifat pembaziran, rasuah dan ketirisan dan salah urus, maka dasar Model Ekonomi Baru (MEB) juga akan mengulangi kegagalan DEB sebelumnya kerana pelakun yang sama dan membawa watak yang sama.
xxx
xxx
No comments:
Post a Comment