Monday, August 9, 2010

Race-based policies to help poor un-Islamic, says PAS chief

Monday, 09 August 2010 11:56
Pas_HadiAwang_PoorKUALA TERENGGANU - PAS president Abdul Hadi Awang has reiterated his stance that any policy to help the poor should not be race-based.

Similarly, the issue of giving discount for properties should be looked at in the same perspective, he said in a press conference here, reported by HarakahDaily.net.

Commenting on a proposal by Petaling Jaya Utara MP Tony Pua to abolish Bumiputera discount for luxury residential properties above RM500,000, Hadi said although the suggestion was yet to be discussed, it was agreed that the focus should be on helping the poor regardless of race and address the mismanagement of the economy.

“We have yet to discuss anything on it in Pakatan Rakyat. We need to discuss it in the top leaderships council,” Hadi told reporters at a launching event of his latest book in Terengganu.

On whether he agreed that the current practice of giving discount to Bumiputeras even for high-end residential and commercial properties should be abolished, Hadi stressed that discounts for purchase of properties should be extended to all Malaysians and not just Malays.

“What’s happening today is that it did not reach the target group, it only benefited UMNO leaders,” he said.

Saying it was understandable that most of the lower-income group were found among the Bumiputera who formed the majority in the country, Hadi said helping them should not be at the cost of other communities.

“We need to consider the majority of the people who is plagued by poverty. . .we (Muslims) must help other races which are also poor," he said.

He added that it was "wrong for Muslims to oppress other races while protecting the interest of the Malays only", HarakahDaily.net quoted him as saying.

He further pointed out that the root of the problem could be found in Barisan Nasional's mismanagement of the economic system.

“I cannot understand the principles and the economic system adopted by the Barisan Nasional.

"We have a lot of subsidies, but there are too many mismanagement and leakages – hence, the problems are not subsidies but poor management," he said.

Hadi also said Pua's suggestion may have stemmed out of unhappiness such as mismanagement.

“Maybe he is not pleased with the management (of Bumi’s discount) but we need to look into implementation," he said.

Earlier, Hadi's statement appeared to have been taken out of context, with UMNO mouthpiece Utusan Malaysia reporting that he supported the practice of giving discounts for Bumiputeras to purchase high-end properties.

Anwar: Pertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dihujani tuduhan "pengkhianat bangsa" oleh parti musuh, mencabar UMNO dan Barisan Nasional agar mempertahankan hak untuk Melayu yang miskin dan terpinggir, dan bukan mempertahankan Melayu yang kaya raya di sebaliknya.

"Seringkali mereka menguar-uarkan mahu mempertahankan hak orang Melayu.  Tetapi Melayu yang seperti mana mereka pertahankan?  Kita tidak mahu mereka mempertahankan Melayu yang kaya raya.  Kita mahu mereka memperjuangkan nasib dan mempertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!"
Ketua Pembangkang Parlimen (gambar kiri) ini berkata, "Jika benar mereka mahu laksanakan pembasmian kemiskinan, maka ianya harus dilakukan secara adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.  Jangan yang menyokong mereka sahaja dibantu sedangkan yang tidak mendokong mereka diabaikan dan dibiarkan."

Anwar membidas kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana mempermainkan sentimen perkauman, malah tidak adil dalam menangani masalah yang membebani rakyat, khususnya yang miskin dan melarat.  Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Ceramah sempena Jamuan Rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong, semalam.

Majlis jamuan ini menarik kehadirian kira-kira 350 orang, yang kebanyakannya keturunan Cina.  Hujah-hujah disambut dengan tepukan apabila penceramah menyentuh isu rasuah dan sebagainya.

Belum menikmati kemerdekaan sepenuhnya
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun, tetapi rakyat negara ini masih lagi belum menikmati kemerdekaan sepenuhnya.

"Amalan Kerajaan UMNO-BN yang tidak memberi kebebasan bersuara kepada rakyat adalah bukti yang nyata bahawa kemerdekaan belum sempurna dalam negara ini.  Kita dibenarkan bersuara untuk sementara, tetapi selepas itu ditahan dan disekat kerana bersuara menentang demokrasi yang mereka amalkan," tambahnya lagi.

Sementara itu, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim (gambar kanan) yang turut hadir sebagai penceramah pula menggariskan matlamat untuk Pakatan Rakyat (PR), agar tiga tunggak penting yang menjadi amalan harus diperjuangkan supaya ia menjadi realiti.

"PR memperjuangkan agar demokrasi secara telus diamalkan.  Pemimpin yang bertanggungjawab adalah aspirasi kita untuk mencapainya, serta rakyat yang bersatu padu adalah antara asas dan perkara pokok yang harus dijadikan teras utama."

"Dengan adanya tiga penyatuan ini, saya optimis PR mampu untuk merubah lanskap politik negara dan membawa satu politik baru bagi memajukan negara dan menyatupadukan rakyat," katanya.

Zaid juga menuduh bahawa dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh UMNO-BN adalah antara punca kepada berlakunya perpecahan dalam masyarakat.

"Melalui sistem pecah dan perintah ini ia tidak akan bertahan lama apabila penyatuan untuk menyatukan semua rakyat tidak menjadi realiti.  Ekoran daripada itu, negara tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan yang mutlak apabila berlakunya kronisme dan pengagihan kekayaan mengikut sistem yang sedia ada diamalkan oleh BN.

Turut hadir dalam majlis ceramah sempena jamuan rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong semalam ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman, ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tuesday, August 3, 2010

DATP ZAMRI DAN KUNCU-KUNCU UMNO KHIANATI TANAH ORANG-ORANG MELAYU DI PERAK

Mac 17, 2009 http://idrisahmad.wordpress.com/2009/03/17/fakta-umno-khianat-tanah-orang-melayu/
 
Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. 

Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR!

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. 

Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU EKAR) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.


Monday, August 2, 2010

Pemimpin Umno-BN Pengkhianat Melayu

Pasir Salak 1 Ogos - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) didakwa banyak melakukan salah urus dan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit.

Penyelewengan berkenaan didedahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Parti Islam Se-Malaysia Pusat, Mazlan Aliman di majlis Himpunan Warga Felcra di sini. 

Di dalam himpunan berkenaan beliau turut  mendakwa isu kepincangan di dalam Felcra jauh lebih buruk dibandingkan dengan pendedahan di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Mazlan telah  mengemukakan sebanyak 24 isu penyelewengan Felcra kepada hadirin di himpunan berkenaan yang telah dikenalpasti melalui penyiasatan sendiri bersama aduan warga Felcra yang melibatkan berbillion ringgit.

"Tidak lama dahulu kita menerima sebuah rombongan daripada Sabah dan sarawak yang datang memberikan aduan kepada kami. Daripada apa yang diceritakan kita dapati masalah tanah di Sabah dan Sarawak jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku di Semenanjung.

"Masalah utama di sabah dan sarawak adalah kerana tanah adat. Berpuluh tahun masyarakat pribumi Sabah dan sarawak bercucuk tanam dan tinggal di tanah berkenaan, kerajaan bertindak menggunakan agensi kerajaan untuk memusnahkan tanaman, membakar rumah kediaman semata-mata mahu mereka keluar daripada tanah tersebut," jelas beliau.

Menurutnya lagi, beliau dan warga Sabah serta Sarawak telah ke Parlimen berjumpa para pemimpin Umno-BN dan Pakatan Rakyat, termasuk Speaker Dewan Rakyat bagi memberitahu mereka keadaan daif yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat di sana.

Beliau menambah, umumnya kini hangat diperkatakan Umno-BN mahu Umno dan PAS bersatu bagi menjamin masa depan masyarakat Melayu di Malaysia dan menyelamatkan mereka daripada kaum Cina.

Tetapi, tambah beliau lagi masalah utama disini, Felda dan Felcra bukannya dipimpin oleh Cina, pemimpin kedua-duanya adalah Melayu. Mereka inilah yang menjadi penyamun tarbus melingkupkan mas depan masyarakat Melayu, bukannya Cina.

"Yang menjadi pengkhianat, melingkupkan masyarakat Melayu adalah pemimpin Melayu Umno-BN itu sendiri," tegas Mazlan lagi.

Wednesday, July 28, 2010

UMNO DICABAR DEDAH NAMA-NAMA ORANG MELAYU DIHALAU KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Umno dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri
Mohd Sabri Said   
PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong.

Jelasnya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukannya disebabkan oleh kerajaan negeri sebaliknya adalah atas arahan mahkamah kerana tanah yang mereka duduki telah dibeli atau dimiliki oleh pemaju.

Itupun katanya, kerajaan negeri telah turut membantu untuk mencari penyelesaiannya seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk.

"Mana ada individu yang telah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam tadi.

Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi.

Begitupun, melalui media kepimpinan Umno Balik Pulau mengapi-apikan penduduk kononnya tanah yang mereka duduki sejak sekian lama akan diambil oleh kerajaan dan akan berlaku kejadian menghalau bangsa Melayu.

Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara. 

DAP pula, katanya ditohmah parti anti Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun.

"Tujuan mereka hanya satu iaitu nak menakutkan orang Melayu di negeri lain jika biarkan Pakatan Rakyat memerintah, bencana akan terjadi. DAP akan melakukan sesuatu di luar dugaan dan negara akan jadi huru hara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam.

Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti.

Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini.

Thursday, May 20, 2010


Pagar Makan Padi

Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata: “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”. Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Setakat belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan.

Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun. Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.

Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, itu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka. Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah kut. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi kalau macam itu. Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?

Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu. Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia. Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?

Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau pun kerana keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul. Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Tak kan lah ini pun tak faham.





Wednesday, May 19, 2010



4/1/10

Melayu N.Sembilan rayu jangan roboh gerai

Gambar hiasan

Peniaga rayu tangguh roboh gerai
Sinar Harian 1 April 2010

PORT DICKSON – Langkah Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengambil tindakan ‘membersihkan’ peniaga gerai beroperasi di laluan pejalan kaki di hadapan bangunan Mara menimbulkan pelbagai reaksi peniaga di Pantai Saujana Batu 4.

Peniaga mendakwa, mereka mula berniaga di laluan itu sejak tiga tahun lalu dan menyumbang banyak manfaat dalam sektor pelancongan di kawasan itu.

Langkah MPPD mengambil tindakan penguatkuasaan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan peniaga.

Peniaga, Marziana Abd Malik, 48, berkata, peniaga di sini sepakat akan mematuhi semua undang-undang dikenakan MPPD seperti mana dikatakan peraturan lesen bermusim walaupun pada dasarnya lesen mereka adalah berkelompok yang diuruskan persatuan Peniaga D’Mara Batu 4.

“Kami mula berniaga pada Khamis sehingga Ahad dan selesai sahaja berniaga pada hari Ahad kami akan mengosongkan laluan ini dan tidak akan meninggalkan sebarang kanopi, meja mahupun peralatan perniagaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Marziana berkata, jika itu yang menjadi persoalan MPPD kerana peniaga meninggalkan bahan perniagaan di laluan tapak pejalan kaki dan menyebabkan pemandangan tidak cantik serta sebagainya, mereka rela mengosongkan laluan itu apabila selesai perniagaan pada Ahad malam.

“Kami juga memohon jasa baik MPPD memberikan masa untuk berpindah sementara menunggu tapak ekspo Mara yang kini dipajakkan kepada syarikat swasta berakhir.

“Selain itu, untuk makluman MPPD mengenai tahap kebersihan di sini, kami peniaga telah melantik dan mengupah individu untuk melakukan kerja membersihkan kawasan tapak perniagaan ini: pada setiap malam selepas selesai kami menjalankan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Marziana turut menjelaskan sampah berselerakan dan mengotori kawasan adalah sampah dibawa pengunjung.

“Terutama pada malam minggu, keadaan sampah memang tidak dapat dikawal,” katanya.

Marziana berkata, memandangkan majoriti peniaga di situ adalah ibu tunggal, dia amat berharap MPPD dapat memberikan kelonggaran dan sedikit masa untuk menjalankan perniagaan di sini sehingga mendapat tempat berpindah.

Seorang lagi peniaga, Zarul Naim Ibrahim, 34, berkata, deretan 41 gerai di laluan pejalan kaki di depan Arked Mara Batu 4 merupakan antara destinasi wajib pengunjung yang datang di daerah ini.

“Malah pakej hotel meletakkan gerai di Batu 4 merupakan antara aktiviti pengunjung mereka :dan secara tidak langsung perniagaan kami merupakan produk pelancongan yang ada di pantai peranginan ini.

“Ini menunjukkan bahawa kewujudan gerai ini banyak membantu kepada tarikan pelancong ke daerah ini selain kami juga menjual pelbagai produk bermutu malah ada g diimport dari luar negara,” katanya.

Zarul Naim berkata, peniaga di sini menjadikan perniagaan itu sebagai punca pendapatan utama dan golongan belia sepertinya memang menjadikan perniagaan sebagai karier utama.

“Malah ada dalam kalangan peniaga di sini merupakan graduan dari politeknik dan mengambil inisiatif berniaga.

“Jika tindakan penguatkuasaan akan diambil MPPD, akan hilanglah punca pendapatan kami di sini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7383787.asp






Peniaga Melayu N.Sembilan akan berkubur

( Siapa ya wakil rakyat di Bagan Pinang , Melayu ke , Cina ke , India ke ? )

PD Night Market berkubur?
Berita Harian 2 April 2010

Peniaga dilema kerana rezeki bergantung kepada perniagaan di bazar

PORT DICKSON: Bazar malam di Batu 4 Jalan Pantai di sini yang lebih dikenali sebagai ‘PD Night Market’ bakal berkubur apabila 41 peniaga yang beroperasi di situ sejak tiga tahun lalu diarahkan berpindah oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Ini menimbulkan dilema kepada peniaga yang kebanyakan adalah ibu tunggal dan belia yang pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada perniagaan di situ. MPPD mengarahkan peniaga mengosongkan gerai mulai kelmarin hingga Ahad ini dan mana-mana peniaga yang ingkar, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan.

Situasi itu meresahkan peniaga yang akan kehilangan punca pendapatan dengan kebanyakan mereka berniaga sepenuh masa di situ.

Muriyatul Akma Ahmad, 24, berkata dia menyahut seruan kerajaan untuk menceburi bidang perniagaan selepas menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan berniaga secara kecil-kecilan di situ sejak tahun lalu.

"Ketika itu peluang pekerjaan tidak banyak dan saya fikir lebih baik menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Sekurang-kurangnya saya tidak menganggur.

"Saya serta peniaga lain terkejut kerana menerima notis supaya mengosongkan gerai. Kami panik kerana tiba-tiba masa depan kelihatan gelap dan bakal kehilangan punca pendapatan," katanya.

Bazar ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad sejak 1 Mei 2007 adalah antara tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan untuk membeli belah. Dianggap sebagai penyeri utama waktu malam di sini, ada hotel memasukkan bazar ini sebagai antara destinasi wajib dikunjungi pelancong.

Sementara itu Narizan Ahmad, 53, yang berniaga di situ sejak bazar mula dibuka memberitahu, hidupnya bergantung sepenuhnya kepada perniagaan menjual barangan aksesori, pakaian pantai, cendera hati dan kraftangan.

“Selepas notis dilekatkan di dinding khemah, harapan kami untuk terus berniaga di sini musnah. Kami runsing dengan barangan yang belum dijual serta kerja memindahkan barang kerana ada di kalangan kami tidak mempunyai kenderaan," katanya.

Raja Azlan Raja Mahmud, 25, merayu MPPD supaya memberikan mereka tempoh setahun lagi untuk berniaga di situ sementara mencari lokasi lain yang sesuai.

"Kami dicadangkan berpindah ke tapak ekspo bersebelahan kawasan sekarang, tetapi kami tidak mampu kerana kadar sewa agak tinggi, iaitu antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Kadar sewa sekarang ialah RM250 sebulan.

"Kadar sewa di tempat baru itu membebankan kerana pendapatan kami tidak menentu. Kami khuatir perbelanjaan melebihi pendapatan kerana modal pusingan tinggi untuk mengambil stok barangan yang berubah mengikut kehendak pasaran," katanya sambil menjelaskan peniaga akan mengikut syarat yang ditetapkan MPPD iaitu hanya berniaga pada hujung minggu dan cuti persekolahan jika dibenarkan terus berniaga di situ.

Norhayati Udin, 44, berkata peniaga tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada kerajaan tetapi hanya mahu terus diberi peluang berniaga di situ serta gerai tidak dirobohkan, dan berharap MPPD memaklumkan kepada peniaga sekiranya mempunyai perancangan yang lebih baik bagi mengelakkan salah faham berterusan.




Sunday, May 2, 2010

Umno adalah Petualang Sebenar Kepada Orang Melayu Dan Raja Melayu
Date: Wednesday, March 25 @ 13:32:25 PDT
Topic: Pendapat

Oleh Angkasanuri

Hari ini dalam ucapan datuk Hishamudin, ketua Pemuda Umno beliau memberi amaran kepada petualang dan pengkhianat Melayu.

Apa yang Hishamudin ucapankan sebenarnya kena atas batang hidung sendiri! Hishamudin cuma perlu jawab soalan-soalan saya.


Arahan: sila jawapan semua soalan

Soalan Bahagian A

1. Siapakah Menteri Pelajaran yang memperkenalkan 'dasar meritokrasi' yang menyebabkan orang Melayu terpinggir dalam dunia pendidikan?

2. Siapakah Menteri Pelajaran yang telah membuka kuota 10% di MRSM dan matrikulasi yang selama ini menjadi kebanggaan anak-anak Melayu?

3. Siapakah yang mengkhinati Melayu apabila menafikan bahasa Melayu dalam dasar PPSMI?

4. Zaman Ketua pemuda Umno dan Menteri Pelajaran manakah biasiswa untuk anak-anak Melayu di Universiti dimansuhkan?

5. Zaman siapakah yang menyebabkan semua IPTA di negara ini dikopratkan?


Soalan ....Bahagian B

1. Siapakah Ketua Pemuda yang partinya bergelumang dengan rasuah yang kononnya membela Melayu?

2. Parti manakah yang merampas hak rakyat Perak dengan menggunakan pintu belakang dan taktik keji?

3. Siapakah yang menghapuskan imuniti raja-raja Melayu?

4. Pemimpin parti manakah yang menyamakan sultan seperti binatang?



Friday, April 30, 2010

APA YANG UMNO BAGI KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR?

NAMPAKNYA PENGUNDI-PENGUNDI MELAYU SEKALI LAGI MELOPONG YANG DAPATNYA KOSONG, KOSONG DAN KOSONG!


Begitulah nasib kita orang-orang Melayu ni, kerana apa yang kita ada terpaksa diberikan kepada orang lain atas nama perpaduan kononnya, atas nama 1 Malaysia kononnya, atas nama apa-apa pun selagi kita mengundi BN, selagi kita menyokong BN, selagi kita merelakannya maka selama-lamanyalah kita akan menjadi begitu, terus teraniaya dan tidak mendapat apa-apa, sebaliknya orang-orang bukan melayu mendapat segala-galanya. Contohnya adalah seperti dibawah ini,

MASYARAKAT CINA YANG TAK UNDI BN DAPAT RM3 JUTA

PUTRAJAYA 28 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan cek bernilai RM3 juta bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa sebagai menunaikan janjinya bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.


NAJIB Tun Razak menyampaikan cek RM3 juta kepada Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Rasa, Ng Tek Kui di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.

Guru Besar sekolah itu, Ng Kin Mooi berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan peruntukan itu sebagaimana yang telah dijanjikan dalam pilihan raya kecil tersebut.

Perdana Menteri berkata, meskipun pada pilihan raya kecil itu masyarakat Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN), ia bukan satu alasan untuk kerajaan bertindak menghentikan peruntukan bagi kaum itu.



JADI MASYARAKAT MELAYU TUNGGU APA LAGI? KALAU yang tidak menyokong pun dapat, masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kemenangan BN dapat apa? Takkan tak dapat apa-apa pun!


SETERUSNYA


Orang-orang keturunan India lagi untung. Ahli parlimen pun dia yang dapat kerana kita orang-orang Melayu yang pilih dia. Lepas itu, yang keduanya, G.Planivel dilantik sebagi Senator! Kita orang-orang Melayu Hulu Selangor apa yang dapat? Dan yang ketiganya G.Planivel dilantik sebagai Timbalan Menteri. Kita orang-orang Melayu Hulu Selangor apa yang dapat?

Persoalannya kenapa orang-orang melayu terus menerus menjadi mangsa, terus menerus tidak mendapat apa-apa? Kenapa? Kenapa?

Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah kerana kita, kerana kita sendiri, kita orang-orang melayu rela dan terus merelakannya dari dahulu, sekarang dan selama-lamanya untuk terus menerus menjadi mangsa dan kehilangan segala-galanya. Dari dahulu, sekarang dan selama-lamanya terus menerus menyokong UMNO dan BN, itulah sebabnya kita kehilangan segala-galanya apa yang kita ada.

Jadi bangkitlah, perjuangkan hak anda, hak kita, penduduk asal dibumi ini dan hak sebagai penduduk majoriti Hulu Selangor. Hapuskan UMNo, Hancurkan UMNO, Hidup Melayu. Hidup Melayu Hancur UMno. Hidup UMno, hancur Melayu. Hidup UMno, melayu hilang segala-galanya.


Oleh itu, kita kena hancurkan UMno. Kita kena musnahkan UMNO! Kita kena musnahkan BN! Selagi UMNo bernyawa, selagi itulah kita orang-orang melayu terus layu, layu dan menderita, sengsara dan kehilangan segala-galanya apa yang kita ada!


Tuesday, April 27, 2010

SEKALI LAGI UMNO MENGKHIANATI MELAYU


Datuk G Palanivel dilantik sebagai senator DAN timbalan menteri
!


UMNO ni pengkhianat melayu nombor satu, the number one enemy for the malays, musuh nombor wahid orang-orang Melayu!


Buktinya, dah berkali-kali UMno mengkhianati orang-orang Melayu, melupuskan segala kepentingan orang-orang Melayu. Termasuklah baru-baru ini memilih calun MIC untuk mewakili BN di kawasan yang majoritinya Melayu. Dan yang terbaru sekali ialah Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel kemungkinan besar akan dilantik sebagai senator dan seterusnya timbalan menteri, sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.


Oleh itu demi kepentingan orang-orang Melayu , bangkitlah kita dimana sahaja sertailah pakatan rakyat, tubuhkanlah segera cawangan-cawangan PAS, PKR, DAP ataupun SNAP dimana sahaja anda berada dan bantulah parti-parti itu memperjuangkan hak rakyat, hak kita semua yang dinafikan oleh pengkhianat bangsa dan pengkhianat negara.


NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA!

MEMANG SAH NAJIB NI PAK KADUK MODEN!

Kesiannya orang-orang Melayu berketuakan njib ni.
Terasa betul, milik orang bumi yang kita pijak ini!
Dek kerana ketua kita ini,
Melepaskan segala-galanya yang kita milikki,
Mungkinkah dengan berketuakan najib ini,
Melayu makin pupus di bumi sendiri,
Akan kemanakah kita selepas ni!
sedangkan ketika ini,
kita merempat dan menjadi sampah dibumi Melayu ini,
kerana segala-galanya bukan milik kita lagi!


Friday, April 23, 2010

PUCUK PIMPINAN UMNO PUN TAK BELA HAK AHLI-AHLI UMNO

APATAH LAGI NAK BELA ORANG-ORANG MELAYU KONONNYA!


Hulu Selangor: MIC dapat 3, Umno dapat 0
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 April: Selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor. Bukankah itu menunjukkan bahawa UMNO hanya berani dengan orang-orang UMNO dan orang-orang Melayu tetapi penakut dengan MIC!


Ketua Penerangan MIC Pusat, P Kamalanathan dilaporkan telah dipilih sebagai calon, manakala Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.

Keputusan ini dikatakan kompromi terbaik dan dikatakan sebagai menang-menang selepas MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di kerusi itu.

(Gambar: Kita menang 3 - 0. Mungkin itu yang dikatakan oleh Presiden dan timbalan Presiden MIC ini kepada Umno)

Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... kerana sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan, UMNO tak dapat apa-apa” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada satu laman web.

Perebutan siapa yang akan menjadi calon BN di Hulu Selangor menjadi sengit apabila Umno Bahagian Hulu Selangor mahukan calon Umno iaitu bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib bertanding di situ.

Beliau dikatakan bakal mengulangi kegemilangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila bekas MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad diletakkan di situ.

Namun, dari awal lagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin menolak Muhamad dengan berkata, Muhamad tentu tidak mahu bertanding di situ.

Padahal ramai yang beranggapan, Muhyidin menolak Muhamad kerana kedua-duanya adalah musuh ketat selepas kedua-duanya bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan yang lalu.

Selepas perundingan dibuat, Umno bersetuju calon MIC bertanding di situ tetapi dengan syarat bukannya G. Palanivel, timbalan presiden MIC yang pernah beberapa penggal menjadi anggota parlimen di situ.

Ekoran itu nama Kalamathan dan Mugilan timbul. Namun, MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di situ.

Jika tidak mereka akan memboikotnya manakala MIC pula mengugut akan memecat Mugilan jika beliau dipilih BN bertanding di situ.

Hasilnya, MIC dapat kesemuanya, calon iaitu Ketua Penerangan MIC Pusat, P. Kalamathan dan kerusi senator serta satu kerusi timbalan menteri iaitu untuk Palanivel.


Rupanya-rupanya NAJIB NI PAK KADUK MODEN, MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI!


Ingatkan cerita Pak kaduk itu cerita lawak jenaka sahaja, untuk suka-suka sebagai penglipur lara, tetapi rupa-rupanya memang ada. Dan Pak Kaduk yang nyata sekarang ialah NAJIB PM kita! aduh, duh, duh.

Wednesday, April 21, 2010

UMNO BUKAN PEMBELA HAK MELAYU!

Itulah kata-kata yang saya dengar dari seseorang rakan yang baru saya kenali disebuah kedai kopi. Umurnya dalam lingkungan empat puluhan. Dari mana dan apakah pekerjaannya saya pun tak tahu.

Beliau menyatakan perkara ini sehubungan dengan perkembangan PRK Hulu Selangor yang menampakkan kesungguhan orang-orang UMNO dengan segala jentera kerajaan dan media massa yang dimilikkinya untuk memastikan kemenagan P.Kamalanathan.

Seterusnya beliau menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kerana UMNO menggunakan nama Melayu untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu untuk menyokong parti itu. TETAPI apa yang dilakukan oleh UMNO pula ialah mengenepikan hak orang-orang melayu! Oleh itu sepatutnyalah kata beliau lagi, UMNO SEHARUSNYA MEMBUANG PERKATAAN MELAYU kerana UMNO bukannya berjuang untuk mendapatkan hak-hak orang-orang melayu sebaliknya menggunakannya untuk menipu orang-orang melayu.


Jadi dengan sokongan berterusan orang-orang Melayu, maka pucuk pimpinan UMNO terlalai dan terleka dengan kuasa dan kedudukan yang mereka milikki dan kecapi, sehinggakan mereka bersedia menggadaikan segala hak milik oarng-orang Melayu demi memastikan mereka sentiasa berada di puncak kuasa dan makin bertambah kaya. Itulah agenda mereka, pucuk pimpina UMNO!


Jadi dengan segala kuasa yang ada pada pucuk pimpinan UMno, maka pembesar-pembesar UMno akan berusaha sedaya upaya mengintai apa sahaja yang jadi milik orang-orang Melayu seperti Tanah Rizab Melayu, kawasan DUN, kawasan Parlimen, hak mendapatkan saham atas nama bumiputera, pemilikkan lot-lot perniagaan atas nama bumiputera, hak mendapatkan pekerjaan, hak mendapatkan biasiswa dan segala-galanya untuk digadaikan dan seterusnya dipindahmilikkan kepada bukan melayu, bukan bumiputera.


Dan penerima hakmilik itu bukanlah calang-calang bukan melayu, bukanlah calang-calang bukan bumiputera. Ianya hanya terhad kepada kelompok atasan orang-orang yang sudah kaya-raya mempunya harta bertimbun-timbun bukannya rakyat biasa macam kita. Itulah kerja pemimpin-pemimpin UMno dimana sahaja memujuk dan menipu orang-orang Melayu yang sememangnya mudah makan pujuk dan mudah tertipu demi mencapai cita-cita mereka tanpa merasa sedikit pun belas kasihan terhadap orang-orang Melayu yang dijadikan mangsa.

Itulah UMno menggunakan nama MELAYU untuk menipu orang-orang Melayu.

Sebenarnya bukan sahaja orang-orang melayu yang jadi mangsa. dan tertipu. Orang-orang Cina dan India pun jadi mangsa an tertipu sama seperti orang-orang melayu. MCA pun dengan nama parti yang melambangkan ianya memerjuangkan hak kaum Cina, tetapi MCA sebenarnya hanyalah menggunakan nama cina untuk menipu orang-orang cina demi kepentingan orang-orang atasan dan pucuk pimpina MCA.

Begitu jugalah dengan MIC yang menggunakan
nama parti yang melambangkan seolah-olah ianya memerjuangkan hak etnik keturunan india tetapi MIC yang sebenarnya hanyalah menggunakan nama itu untuk menipu orang-orang keturunan india.


Hai kesiannya kita semua, tak kira apa bangsa, kita semua hanyalah rakyat jelata. Menjadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC, untuk memastikan mereka kekal berkuasa dan terus kaya, semakin kaya sedangkan kita rakyat jelata yang memberikan mereka kuasa dibiarkan menderita dan terus sengsara sepanjang masa dan ketika.


Kita dilayan bagaikan raja dimusim pilihanraya tetapi sesudah pilihanraya kitalah yang terpaksa membayarnya.


Aduhai semua rakyat jelata, tak kira apa bangsa, sedarlah yang kita ditipu sepanjang masa!

UMno menggunakan nama MELAYU untuk menipu orang-orang Melayu!

MCA pun menggunakan nama cina untuk menipu orang-orang cina!

MIC menggunakan nama india untuk menipu orang-orang india!


Hakikatnya BN belum lagi sedar, masih lagi dengan labu-labunya, belum lagi belajar sebab musabab BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan terlepas kuasa di empat buah negeri termasuk Perak selama 11 bulan. Bahkan Najib muncul pula dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan sebagainya yang tujuannya semata-mata untuk menipu, menipu, dan terus menipu rakyat yang sudah sedar mereka dah tertipu selama lebih dari 50 tahun!


Ah, biarkanlah BN dengan labu-labunya itu, asalkan rakyat sudah sedar dan bangkit menuntut hak rakyat yang diergunakan dengan sewenangnya-wenangnya oleh para pemimpin yang berkuasa dengan cara menipu dan hidup pemmpin-pemimpnitu adalah untuk menipu, menipu dan terus menipu!

Saturday, April 10, 2010

KERAJAAN PIMPINAN DAP BUAT APA YANG UMNO TIDAK PERNAH BUAT ... UNTUK ORANG MELAYU

Oleh Fazli Othman

BUKIT SENTOSA 10 Apr
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke mendakwa Umno-Barisan Nasional sebenarnya yang cuba melaga-lagakan pakatan antara DAP, PAS dan KEADILAN supaya tidak boleh duduk bersama tetapi DAP komited kepada kerjasama Pakatan Rakyat untuk menghancurkan Barisan Nasional, yang kerjanya, kerja BN hanya untuk menjadikan golongan kaya makin kaya dan rakyat terus didahulukan untuk dijadikan mangsa, dijadikan korban demi mencapai cita-cita, pencapaian diutamakan.

"Umno tuduh macam-macam kononnya di Pulau Pinang, orang Melayu dipinggirkan, dia tuduh orang Islam kononnya tidak ada tempat di dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP dengan mengatakan DAP anti Islam,

"Pada tahun 2008 kita menang, kita naikkan peruntukan untuk Majlis Agama Islam daripada RM12 Juta kepada RM24 juta pada tahun 2009 dan tahun ini kita naikkan lagi kepada RM25 juta.


"Kita beri kenaikan gaji kepada guru KAFA, kita beri peruntukan kepada sekolah agama dan kita beri peruntukan untuk membina makmal sains di sebuah sekolah agama persendirian di Permatang Pauh dan Umno yang sudah memerintah 50 tahun pun tidak pernah buat. Sepatutnya UMNo menyokong apa yang Pakatan Rakyat lakukan yang UMNo tidak lakukan selama ini, bukannya dengan menuduh macam-macam, itu-ini kepada Pakatan Rakyat.


"Di Pulau Pinang kita melaksanakan program membasmi kemiskinan tegar, kalau setiap keluarga mendapat pendapatan kurang RM500, kerajaan negeri 'topup' dan katakan kalau dapat RM300, kerajaan negeri akan tambah lagi RM200 supaya setiap keluarga mendapat RM500 untuk hidup supaya membasmi kemiskinan tegar dan 90 peratus yang mendapat bantuan adalah orang Melayu, adakah ini anti-Melayu. Sepatutnya UMNO bertanyalah apa yang telah UMNo buat selama ini untuk kepentingan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Bukankah apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNo selama ini ialah mengkayakan lagi kalangan yang sudah kaya!


"Kita buat program penghargaan warga emas, RM100 setiap warga emas yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dan kalau Pak Lah nak pohon pun, kita boleh bagi, jangan persoalkan nilainya yang mungkin sedikit sahaja, kerana ianya begitu bererti bagi mereka yang memerlukannya "


Ianya disediakan untuk mereka yang betul-betul memerlukannya bukannya untuk golongan yang berada, yang kaya, yang dah ada duit, yang mana RM100 itu sememangnya tidak membawa sebarang erti dan tidak membawa sebarang makna kepada mereka. Mentelahan pula kalangan yang menganggap nilai RM1 juta pun kecil sahaja nilainya.


Pemberian RM100 untuk setiap warga emas adalah lebih baik dari pihak satu lagi yang langsung tidak memberikan apa-apa untuk orang lain, yang mana segala-galanya hanyalah untuk dirinya dan hanyalah untuk kroninya sahaja. Kalau nak harapkan dari pihak satu lagi hanya musim pilihanraya baru dapat. Itupun belum tentu dapat. Ada yang dapat RM20,000, ada yag dapat RM1,000, ada yang dapat RM100, ada yang dapat RM50, ada yang dapat RM10 dan ada yang langsung tidak dapat. itulah corak pemberian pihak yang satu lagi.


Loke juga mendedahkan tambahan peruntukan belanjawan tahun ini dan tahun lepas sebanyak RM10 bilion serta menggunakan cukai perjudian disebabkan tidak ada pengurusan yang berhemah oleh kerajaan Umno-BN yang menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung defisit setiap tahun.


"Kerajaan persekutuan di bawah Najib lebih teruk pengurusannya kerana tidak cukup hasil, bajet defisit semakin melebar dan kerajaan menggunakan sumber perjudian untuk menanggung belanjawan tersebut, inilah parti kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara.


"Semasa disoal di dalam Parlimen tentang mengapa perjudian ditambah, orang Umno tidak berani menjawab soalan saya dan tahun lepas apabila saya bertanya mengenai pendapatan daripada hasil nombor ekor sahaja, kementerian berkenaan berkata kerajaan mengaut keuntungan sebanyak RM1.2 bilion daripada kedai-kedai nombor empat ekor.


"Tahun ini dan tahun lepas tambah lagi pertaruhan, kerajaan membenarkan pula syarikat-syarikat perjudian ini melaksanakan 'special draw' iaitu hari cabutan khas yang menambah lagi hari perjudian daripada tiga kali kepada empat kali seminggu dan inilah cara kerajaan Umno untuk menambah hasil kerajaan persekutuan.


"Bila kita tanya di Parlimen, bukankah judi ini cukai haram dan cukai tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun hasil yang disatukan negara dan mestilah diasingkan supaya bukan Islam boleh guna dan orang Islam tidak boleh menggunakannya.


"Apabila ditanya bagaimana cukai ini digunakan, kerajaan berkata kegunaan cukai tersebut untuk pembangunan negara, kebajikan sosial, sukan dan rumah ibadat dan ini boleh mendatangkan was-was kepada orang Islam," kesal Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.